Isnin, 23 April 2012

19 APRIL 2012 setahun dalam MISI NUTRISI Herbalife

@aku & HerbaKehidupanku

PERLIS ~Quickstart ke-2 Alhamdulillah kak Amiza GET TEAM PEREMPUAN MELAYU yang PERTAMA berpuas hati dengan sharing dari Leen... secara peribadi, menjadi seorang speaker adalah tanggungjawab/ closing ... bukan untuk glamour atau tunjuk handal... namun psikologi, body language dan pemahaman kehendak pengarah event hendaklah jelas supaya penyampaian mencapai target market di satu-satu tempat pada satu-satu masa yang berlainan.

Jumaat, 20 Januari 2012

ORANG YANG BAGAIMANA YANG ANDA MAHU DALAM DIRI SENDIRI ?

ORANG YANG BAGAIMANA YANG ANDA MAHU DALAM DIRI SENDIRI ?
bila soalan ini diajukan kepada kami Personal Wellness Coach oleh speaker yang tidak kedekut ilmu, aku terus jawab soalan ini dengan yakin dan menulis dengan lancar.


1.   Beriman.


2.   Ketinggian akhlak & budi pekerti.


3.   Kaya raya (jutawan) & dermawan yang tidak angkuh.


4.   Tempat untuk mengadu masalah tanpa ragu.


5.   Sentiasa ada senyuman yang menyenangkan hati orang yang sedang bersedih dan     memberi keseronokan hati kepada semua peringkat usia...bayi,kanak2 sehingga warga emas.


6.   Peramah, penyayang tetapi tegas dan tidak dapat dibuli.


7.   Berpengaruh ~ ada NAMA, ada WANG, ada KUASA.


8.   Disayangi oleh semua orang.


9.   Dihormati walaupun musuh yang nyata dan musuh yang tersembunyi.


10. BERANI berkata benar walaupun melukakan hati orang yang disayangi.
       ~walaupun tak sampai hati, 
         Nabi saw pesan "berkata benar walaupun pahit"


Leen ditanya "mcm mana boleh siap cepat?"
Leen balas sambil senyum
"sebab Leen dah lama fikirkan hal ini dan berkeinginan penuh untuk mencapainya bukan kerana Herbalife tetapi kerana Khalifah di muka bumi Khaliq.


@aku & HerbaKehidupanku

Rabu, 11 Mei 2011

www.this-is-my-story.com/v/72E83N831CX5

Dalam inbox facebook : Shirley tinggalkan filem ini sebelum Shirley ke Bangkok Extravaganza ... what a surprise !!!

www.this-is-my-story.com/v/72E83N831CX5

THANKS SHIRLEY LEONG !
I really appreciate this !




@aku & HerbaKehidupanku

Selasa, 10 Mei 2011

INFO: Cara mengira indeks jisim tubuh (BMI) kanak-kanak berusia 2 tahun hingga remaja 20 tahun

1. Timbang berat anak dalam kilogram 
2. Ukur tinggi anak dalam meter 
3. Kira BMI menggunakan formula: 

BMI = Berat 
----------------- 
Tinggi x Tinggi 


4. Plotkan bacaan pada graf BMI Percentiles mengikut jantina dan usia anak. 
5. Analisa keputusan. 
Kurang berat - BMI < 5 Percentile 
Normal - 5 hingga 85 Percentile 
Lebih berat - antara 85 hingga 95 Percentile 
Obes - jika lebih 95 Percentile 

Contoh: Kanak-kanak berusia 13 tahun mempunyai BMI 17 berada pada 25 Percentile pada graf (rujuk lampiran). Bermakna, kanak-kanak ini mempunyai berat badan normal. 


@aku & HerbaKehidupanku

Isnin, 25 April 2011

[LyricsMasti] Lyrics of Dance Pe Chance (Rab Ne Bana Di Jodi 2008)

[LyricsMasti] Lyrics of Dance Pe Chance (Rab Ne Bana Di Jodi 2008)

@aku & HerbaKehidupanku

TAK SERONOKNYA JADI ORANG MUSLIM ?!

bILA SEORANG BUKAN MUSLIM CAKAP BEGINI PADA ANDA, APA TINDAKAN YANG ANDA AMBIL ?

yang berlaku depan mata ... hampir keseluruhan isi bilik itu senyap ! senyaaaappppp ????? bila ISLAM diHINA orang ISLAM diam ?????

Allah MAHA KAYA ... tunjuk 'sesuatu' yang SANGAT JELAS tapi hamba Allah itu BEGITU LEMAHNYA IMAN, BISU !

Dialog bermula apabila seorang wanita saya namakan wanita A bertanya kepada penceramah berkaitan keengganan orang untuk hadir ke event2 yg dianjurkan kerana ada tari menari.

dibalas oleh penceramah yang bukan Islam itu, "tari menari saja...dalam Quran ada cakap tak boleh menari?"

seorang wanita lain saya namakan wanita B angkat tinggi2 tangan memberi signal minta bercakap "For a gud Muslim, YES sebab dalam Quran ada cakap tak boleh menari lelaki perempuan bercampur-campur"

sangat terkejut bila seorang lelaki Muslim dengan sukanya berkata "dalam kenduri pun ada menari !"

semua ketawa ,,, ketawa???? orang bukan Islam sedang mempertikaikan HUKUM ALLAH dalam QURAN, kita ORANG ISLAM KETAWA ???? Astaghfirullah!!!

ada pula yg bercakap "boleh menari suami isteri"

penceramah jawab "haaaa... menarilah suami dengan isteri..."

balas seorang ustazah dgn nada suara yg sangat perlahan "menari suami isteri dlm majlis tak boleh,... org tgok isteri kita menari"

pencermah kata "DALAM QURAN ADA KATA KE? TAK ADA KANNNNNN"

ustazah balas perlahan... "ADA"

pelikkan? orang bukan Islam boleh tahu dan faham pula isi Quran??? tak  mustahil... ramai golongan orientalis... yg kita tak sedar berada di sekeling kita !

wanita B tadi terus angkat tangan sekali lagi "saya tak fikir ini sesuai nak dibincangkan di sini, mesti stop debate ! for gud muslim, yes nak ikut Quran... yang tak mau ikut, yang tu terpulang dia dengan Tuhan (Allah) sebab itulah ada 7 tingkat neraka ! " (nada yg tegas,tenang tapi dalam hati Allah saja yg tahu apa wanita B ini rasa)

Persoalannya di sini :
1. Kenapa wanita A tanya hal2 yg berkaitan dgn agama Islam kepada orang bukan Islam ?

2. Kenapa hal-hal dunia, kita lantang bersuara, tapi hal  MENEGAKKAN HUKUM ALLAH kita tiba-tiba jadi bisu ? atau jadi mcm budak kecik dapat ais krim terus diam ?

3. Mana peranan dan tanggungjawab orang-orang yg berada dlm pendidikan Islam ??? (dalam bilik tu ada ustaz dan ustazah)....

dan paling penting sekali ADAKAH KITA YG MENGAKU ISLAM TAK SERONOK IKUT HUKUM ALLAH ?????

Ingatlah sahabat .... sehebat mana pun manusia, hebat lagi Allah.... dalam kita mengagumi seorang manusia jangan kita GADAIKAN kekaguman kita pada agama yang kita sembah...

Kita tidak pernah terang-terang bercakap agama lain tak bagus di depan khalayak majlis kerana kita sangat menghormati agama dan budaya orang lain tetapi janganlah pula sampai kita biar diri dan agama kita dipijak sesuka hati.

Sedar tak betapa jahil nya kita ? Betapa dungunya kita ? Betapa dangkalnya akal kita? Betapa lemahnya iman kita ? Betapa kita sangat mengutamakan dunia hingga mengabaikan akhirat ???

Mengucaplah, berwuduklah, buat sujud syukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam... buatlah tahajud BERTAUBAT lah ... Astagfirullah... beristighfarlah wahai saudara seagamaku.

Allah menuntut kita hambaNYA berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran kerana setiap dari kita ini dilahirkan fitrahnya pelupa... selamatkan antara satu sama lain. Dalam organisasi kita boleh buat TEAMWORK kenapa tidak dalam hal-hal begini ?

Kepada penceramah bukan Islam, anda boleh bercakap apa sahaja, jangan sentuh ISLAM... saya doakan anda dibukakan hati sujud pada KhaliQ ... sifat anda yg berani bersuara itu saya kagumi, alangkah indahnya jika ia digunakan kepada jalan-jalan siratulmustaqim.... Amen Ya Allah....

Wallahu'alam.


@aku & HerbaKehidupanku

Recent Comments